ASSALAMMUALAIKUM
Hari ni saya buat homework sikit tentang penyakit SLE sebab selalu baca.. .. jadi saya tertanya-tanya apa tu penyakit.. kenapa tak boleh ambil dan sebagainya.
SLE ni ialah Lupus eritematosus sistemik adalah radang teruk (kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun yang mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sIstem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom2 penyakit autoimun semakin teruk...
SLE tidak boleh mengambil Alfalfa kerana ianya akan mengaktifkan sistem imun badan pesakit. Vitamin yang mempunyai alfalfa adalah Vitalea, Alfalfa , Herblax
SLE tidak boleh mengambil NUTRIFERON. Nutriferon adalah supplement untuk meningkatkan Sistem imun badan. Pesakit SLE sudah sedia ada mempunyai sistem imun badan yang aktif. Pengambilan nutriferon akan menjadikan imun pesakit bertambah-tambah aktif.
Penyakit Lupus ini terdiri dari 3 jenis
Cutaneus lupus atau disebut discoid ... Penyakit ini hanya menyerang bahagian kulit saja... ruam yang muncul di leher, kulit kepala atau ruam pada seluruh tubuh bada...
Sistemik lupus
Sistemik lupus yang menyerang organ tubuh sepert sendi, otak/saraf, darah, pembuluh darah, paru-paru, ginjal, jantung, hati dan mata. Penyakit ini adalah tahap penyakit lupus yang serius sebab menyerang ke organ badan kita.
![]() |
Drug Induced Lupus |
Drug Induced Lupus (DIL) yang timbul kerana penggunaan ubatan tertentu... antibiotik seperti sulfa, INH, hydralazin, prokainamid untuk jantung..
Gejala-Gejala Penyakit Lupus (SLE)
Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi
Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Golongan yang tidak boleh mengambil Alfalfa SHAKLEEKaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.Rawatan SLE biasanya memerlukan beberapa pakar
1. Seperti yang saya nyatakan tadi pesakit SLE tidak oleh mengambilnya
2. Ibu hamil
Alfalfa mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan)
3. Penyakit hormone-sensitive seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid & cystPhytoestrogen dalam alfalfa bertindak seperti hormon estrogen. Ia boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini.
4. Pesakit diabetes
Salah satu fungsi Alfalfa adalah menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat kebiasaanya akan dinasihatkan supaya memantau paras gula dalam darah mereka agar dos ubat dapat disesuaikan dengan keperluannya. Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh mendapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.
5. Penerima organ transplant
Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan kadar keberkesanan ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).
6. Ibu Berpantang yang anak nya jaundis
jadi, golongan yg tiada masalah kesihatan mcm di atas, tiada masalah pun ambil Alfalfa ni... dengan syarat, jangan melebihi dos yg disarankan... Sebab tu la,pilih SID yg komited & bersungguh-sungguh bagi anda konsultasi selepas pembelian.
hubungi saya
0168193744