Mengembalikan akaun instagram Temporarily Block, Disable atau banned
Assalammualaikum
Lamanya tidak buat entry ni. Rindu pula membloging hihi
Sementara line memberi keizinan boleh la buat apa yang perlu.
Rasa-rasanya pembaca blog ni ada tak pernah kena banned, blocked oleh instagram?
Bagaimana korang handle benda ni? Korang berusaha dapatkan semula atau buka account baru?
Account instagram saya dah kena banned oleh instagram. Tak tahu la banned ke ape ke. sebab tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan instagram
Contohnya, saya dah dapat banyak kali warning dari instagram sebab suka kumpul followers, suka follow sampai limit, suka over limit boom likes dan suka post gambar yang banyak dalam satu masa. then caption, hashtag tak tukar.
So benda ni, instagram detect tau. Kadang ada jugak pengguna akaun Instagram, dia dah kena warning awal-awal. Dan ada juga kes akaun Instagram kena disable tanpa sebarang notis
So kalau sayang akaun, jangan la melanggar terma dan syarat, peraturan dan yang sewaktu dengannya yang boleh menyebabkan akaun anda di banned dan etc. Sayang kan followers dah banyak, enggement dah tinggi, likes dah banyak, gambar pun dah banyak. Tetiba tengah syok tengok gambar, sign out sendiri, nak log in semula, user not found. Sedih nya rasa.
Okaylah, memandangkan akaun instagram saya dah kena banned oleh encik instagram, saya dah buat banyak kali report pada instagram team. Samaada melalui facebook, melalui instagram helper dan melalui email
Orang kata kalau nak balik kena sabar tak boleh lemah semangat. Usaha kan tangga kejayaan
Apa yang saya cuba buat first sekali
1. Hantar email ke instagram.hacked@gmail.com. buat la ayat merayu. Reason yang kukuh mengapa dan kenapa nak dapat balik.
2. Buat report akaun dah kena hacked.
3. Lepas buat report, Instagram akan send ke email anda, dia suruh kita bergambar dengan kod yang diberi. Ala-ala orang nak masuk lokap tu. Kena tulis di kertas A4. Tujuaannya nak make sure tak silap bagi akaun pada orang yang salah
4. Saya dah dapat pun reply dari instagram. Dah boleh reset password. cuma saya terlupa logout akaun instagram yang saya baru aktifkan/buat selepas kena banned. Sebab sebelum reset, apa yang perlu kita buat adalag logout atau keluar dari semua akaun instagram yang kita dah log in dah masuk, contoh kat chrome ke, kat apps ke kat mana-mana la. Semua kena keluar. So saya terlupa log out kat apps chrome. Jadi yang ter reset password adalah ig baru. So terpaksa la ulang dari pertama sekali. (Tula tak sabar-sabar)
Untuk tidak melanggar peraturan
1. Hentikan penggunaan Third Party Apps. Comtohmya unfollowers apps ke
2. Hentikan aktiviti follow dan unfollow secara manual yang berlebihan. Dah dapat warning tu sila la insaf.
3. Jangan komen-komen yang terlalu nampak sangat nak spamming di gambar orang lain. selalu nampak orang promote barang or produk mereka di akaun artis -artis.
4. Penggunaan username instagram tu pastikan tiada perkataan yang terlarang. Contoh, hq, official, perkataan2 sensitif.
5. Jaga posting anda, jangan masukkan gambar-gambar yang keterlaluan seperti gambar-gambar lucah, bom, pistol.
6. Hentikan post gambar lebih dari satu kali tanpa menukar caption dan hashtag
Semoga entry ini bermanfaat untuk pembaca semua